SEMPENA 10 TAHUN PROJEK SEMINAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK) merupakan sebuah projek di bawah Jawatankuasa Perkembangan Akademik dan Intelektual Kolej Kediaman Keempat.
Sejak dari tahun 2007 lagi, PROSPEK telah menjadi duta dan agen promosi Universiti Malaya kepada pihak luar terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah. Hasilnya, telah ramai pelajar sekolah yang dulu menyertai PROSPEK kini telah melanjutkan pelajaran ke UM.
Tahun 2017 merupakan tahun ke-10 penubuhan PROSPEK di Kolej Kediaman Keempat. Sehubungan dengan itu, kami kini memperkenalkan logo sempena 10 tahun penubuhan PROSPEK !
