PROSPEK KEMBALI LAGI!

PROSPEK kini kembali lagi dengan berwajah baru! Semestinya PROSPEK'18 kali ini lebih menarik dan penuh dengan input yang bermanfaat untuk para pelajar di luar sana.
Antara pembaharuan yang kami telah lakukan adalah :
1) Logo PROSPEK.
2) Penambahan modul baharu iaitu modul keusahawanan.
Berikut merupakan logo baharu yang telah dilancarkan oleh PROSPEK'18 pada tahun ini.

Logo baharu yang dilancarkan selari dengan tema kami pada tahun ini iaitu Merah, Biru dan Putih.
Seterusnya, penambahan modul dalam slot PROSPEK'18 iaitu keusahawanan di mana bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan pembangunan modal insan dalam diri pelajar selari dengan tema kami untuk membentuk insan holistik.
Selain itu, PROSPEK kali ini bermatlamat untuk menjadikan modul baharu ini sebagai medium dalam pemahaman yang lebih jitu dan cara yang komprehensif dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Ini juga bertujuan untuk membentuk pelajar yang mampu membina kewangan terancang untuk masa hadapan mereka selari dengan insentif negara iaitu ingin melahirkan lebih ramai pencipta peluang daripada pencipta peluang pada masa akan datang.
Akhir sekali, pada tahun ini, kami telah menyasarkan tiga buah negeri iaitu, Kuala Lumpur (3 Februari 2018), Negeri Sembilan (10 Mac 2018) dan juga Johor (30 Mac 2018).
Jumpa anda di sana !