PROSPEK Melabuhkan Tirai di Negeri Sembilan.
|SMK Tunku Besar Tampin ✔ Tamatlah sudah penjelajahan terakhir PROSPEK’18 ke Tampin, Negeri Sembilan. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Puan Hajah Siti Noridah binti Ujang, Pengetua SMK Tunku Besar Tampin selaku perasmi majlis kita dan sebagai tuan rumah untuk kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat iaitu SMK Tunku Besar Tampin, SMK Taman Indah, SMK Tunku Syed Idrus dan SMK Pedas. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada program kami 💖. Ribuan Terima Kasih juga kepada krew-krew yang sudi untuk bersama-sama berganding bahu dalam memastikan program di Negeri Sembilan berlangsung dengan jayanya. Jasa baik anda semua akan sentiasa kami ingati 💯❣. Kami berharap bahawa semua pelajar yang menyertai program ini berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM/STPM serta berjaya mendapat IPT pilihan anda. Teruskan usaha dan jangan pernah putus asa!
Ikuti kami di laman media sosial berikut :
Instagram : https://www.instagram.com/prospek_um/
Facebook : facebook.com/prospekum
Twitter : https://mobile.twitter.com/prospek_um
